Mesyuarat JK Ahli Pengarah Koperasi pada 7.9.2012 telah membuat keputusan akan menubuhkan JK Tabung Khairat Kematian di bawah Biro Kebajikan Koperasi.
Jawatankuasa ini terdiri dari ahli- ahli berikut:
Penasihat: TUAN HAJI SIDEK BIN ABU BAKAR
Pengerusi: TUAN HAJI MOHAMAD BIN SULONG
Timb. Pengerusi: TUAN HAJI ZAKARIA B. YUSOF
Setiausaha: ENCIK MOHD AYUB BIN SIDEK
Bendahari: PUAN HAJJAH FADILAH BT ABDULLAH
Ahli Jawatan Kuasa: 1. MOHD ARIF BIN TENGAH
2. SUHAIMI BIN BABA
3. NIK RUSLY BIN NIK MIK
4. SHAFEK AZAM BIN YUSOF
5. MALIKI BIN ISMAIL
6. IBRAHIM BIN SALLEH
7. ABD. RAHIM BIN ABD. GHANI
8. ALIAS BIN ABD. RAHMAN
9. ROSNANI BT AWANG
10.NORAYA BT YAHYA
Kelayakan Menjadi Ahli
1. Mendaftar sebagai ahli Koperasi Kariah Masjid Jamek Kampung Gong Pak Jin Kuala
Terengganu Berhad.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun.
3. Anak-anak ahli berumur kurang dari 25 tahun dianggap masih di bawah tanggungan., anak yang
berumur 25 tahun ke atas dikehendaki mendaftar semula sebagai ahli .
4. Ahli Tabung Khairat Kematian yang berumur 85 tahun ke atas dikecualikan dari membayar yuran
bulanan.
5. Ahli yang berdaftar sebagai ahli Tabung Khairat Kematian dikehendaki membayar:
5.1. Yuran Pendaftaran - RM20.00
5.2. Yuran Bulanan - RM 3.00 setiap keluarga ( termasuk tanggungan ahli ).
6. Mengisi borang keahlian Tabung Khairat Kematian Koperasi
Faedah Menjadi Ahli Tabung Khairat Kematian KOSMAS
1. Kematian ahli / isteri ahli yang berdaftar ( umur kurang dari 64 tahun ) , sumbangan tabung
RM800.00
2. Kematian ahli / isteri ahli yang berdaftar ( umur 65 tahun ke atas ) , sumbangan tabung RM 500.00.
3. Kematian anak ahli ( umur 15 tahun ke atas ), sumbangan tabung RM500.00
4. Kematian anak ahli ( umur 10 - 14 tahun ), sumbangan tabung RM300.00
5. Kematian anak ahli ( umur 5 - 9 tahun ), sumbangan tabung RM200.00
6. Kematian anak ahli ( umur 1 - 4 tahun ) , sumbangan tabung RM120.00
7. Kematian anak ahli ( umur kurang dari 1 tahun ) , sumbangan tabung RM100.00
8. Kematian ibu/ bapa ahli , sumbangan tabung RM80.00
9. Kematian anak tiri / angkat ahli ( yang didaftarkan ), sumbangan tabung sebagaimana dibayar
kepada anak ahli yang meninggal.
No comments:
Post a Comment