Tuesday 21 August 2012

PENDAFTARAN AHLI KOPERASI

KOPERASI KARIAH MASJID JAMEK KAMPUNG GONG PAK JIN KUALA TERENGGANU BERHAD
 


Pendaftaran keahlian koperasi telah dibuka kepada mereka yang telah mendaftar  dan juga yang belum berdaftar.

Bayaran Fi sebanyak RM20.00
Bayaran Saham         RM100.00
Jumlah:                      Rm120.00

Kepada mereka yang berminat sila hubungi Setiausaha Koperasi:

Cikgu Zulkifli b. Ariffin
No.h/p: 013- 9602115

Thursday 29 December 2011

BERSUJUDLAH UNTUK MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH

Assalamulaikum wrt kepada semua pengunjung. Renungan Jumaat untuk penutup tahun 2011 ialah berkaitan dengan solat. Untuk renungan bersama ,kelemahan, kecelaruan dan segala penyakit dalam kehidupan kita hari ini kerana mengabai dan tidak menitikberatkan solat yang telah diperintahkan Allah SWT. Orang-orang tidak solat, mengabaikan solat, tidak menghayati solat adalah orang yang paling sombong di atas dunia kerana mereka tidak meresepi keinsafan di saat sujud misalnya satah kedudukan wajah yang dirasakan cantik, terhormat, bermaruah dan mulia pada saat ini berada setara atau setaraf dengan tapak kaki bahkan punggung yang megeluarkan najis lebih tinggi kedudukan dari tujuh anggota yang bersujud.

Begitulah kerdil dan hinanya manusia di sisi Allah tetapi manusia yang tidak pernah bersujud solat secara hakiki akan merasa merekalah yang terhebat, terhormat penuh kesombongan seolah-olah merekalah penakluk tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.

 " Baca serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada AlQuran, dan dirikanlah solat (dengan bersungguh-sungguh); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar" (Al-Ankabut : 45)


"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa" (Toha : 132)

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. 

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

  1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya. 
  2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
  3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
  1. Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut. 
  2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
  3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
  1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan. 
  2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
  3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
  1. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat. 
  2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya. 
  3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka 

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


"Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku" (Surah Ibrahim : 40)

Thursday 22 December 2011

SOLAT MALAM MEMBAWA KEBERKATAN

Seorang pencuri masuk ke rumah Ahmad Khazruya, seorang sufi besar. Ia sibuk
Mencari barang berharga untuk dicuri, tetapi ia tidak menemukan apa-apa. 
Ketika pencuri itu hendak pergi dengan kecewa, Ahmad sang sufi tadi memanggilnya.

“ Anak muda, ambillah ember ini dan timba air dari sumur. Berwuduklah kau 
dengan air itu dan dirikan solat. Kalau ada sesuatu, nanti aku berikan padamu, 
supaya kau tak pulang dengan tangan kosong’, ujur Ahmad.

Orang itu mengikuti perintah Ahmad. Ketika pagi tiba, seorang pemuda dari
kota datang membawa kantong berisi seratus dinar dan memberikannya 
pada Ahmad. Ahmad  lalu memberikannya pada si pencuri.

“ Bawalah ini sebagai hadiah untuk solat malammu”, ia berkata.

Tubuh pencuri itu bergementar. Ia langsung menangis terisak-isak.

“ Aku telah salah mengambil jalan, “ ucapnya di sela tangis, “tapi semalam saja aku
bekerja untuk Tuhan. Dia telah memberiku ganjaran seperti ini…….”

Percuri itu bertaubat, kembali kepada Tuhan. Ia menolak mengambil wang emas itu,
dan menjadi salah seorang murid setia Ahmad bin Khazruya.

Thursday 15 December 2011

KEBAIKAN BERSEDEKAH UNTUK SEMUA

Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin
ibarat berjihad di jalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak
merasa lelah dan juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka
(Hadis Riwayat : Imam Bukhari)

Renungan Jumaat kali ini akan membawa kisah benar yang dialami oleh seorang pengusaha untuk kita kongsikan bersama serta mengutip mutiara pengiktibaran yang sangat bermakna untuk amalan hidup kita....

Meskipun hanya mendapat pendidikan sekadar di tingkatan dua, ia bukan penghalang buat Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. (JMDSB), Syed Muhammad Gaddafi Syed Ali, 39, untuk mengecapi kejayaan dalam dunia perniagaan sehingga berjaya membuatkan nama syarikatnya itu kini dikenali di seluruh negara.

Dengan hanya bermodalkan RM500 yang dipinjamkan oleh seorang rakannya enam tahun lalu, beliau kini telah berjaya menjadikan syarikatnya itu memperoleh keuntungan yang mencecah jutaan ringgit.

Katanya, rahsia kejayaannya itu adalah sentiasa yakin dan percaya dengan kemampuan diri sendiri selain reda dengan cabaran yang dihadapi.

"Untuk berjaya seseorang itu hanya perlu menganggap setiap masalah yang datang seperti 'langau' yang datang menghurung kita dan tidak perlu kita mempedulikannya.
"Sepatutnya kita tidak berasa tertekan dengan masalah sehingga membuatkan kita mudah berputus asa sekali gus menjadi penghalang untuk kita berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dijemput untuk berkongsi kejayaan syarikat berkenaan pada Seminar Jihad Bisnes anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. di Pusat Islam UiTM, di sini hari ini.

Syed Muhammad yang kini sedang menyambung pelajaran ke peringkat Diploma Eksekutif dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Malaya itu turut berkongsi pengalamannya yang menerima rezeki berlipat kali ganda sebaik selepas bersedekah kepada seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman suaminya.

"Selepas dimaklumkan oleh seorang rakan mengenai masalah yang dihadapi wanita itu, saya terus melawatnya di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur dan apabila melihat keadaan wanita itu dan lima anaknya, saya sedih lalu secara spontan menghulurkan bantuan sebanyak RM500 kepadanya.

"Alhamdulillah, selepas itu, saya menerima satu panggilan telefon yang memesan stok produk syarikat saya bernilai RM24,000 dan sejak itu, saya sentiasa bersedekah kerana yakin Allah pasti akan bantu dan melimpahkan rezeki yang banyak kepada kita selepas itu," ujarnya.

Beliau turut berpesan kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan supaya mengamalkan sikap jujur dan ikhlas dalam perniagaan sekiranya mahu berjaya sebagai seorang usahawan serta mendapat rahmat daripada Tuhan.

Sesungguhnya segala harta benda, ilmu kepandaian, segala yang di langit dan di bumi milik mutlak Allah dan kita sebagai hamba diamanahkan untuk mengurus sebaik mungkin maka sentiasa ingat sabda Rasullallah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam setiap harta itu ada hak-hak orang lain selain zakat" (Hr : At Tirmidzi)

Friday 2 December 2011

Tiap manusia yang hidup di dunia tidak terlepas menerima berbagai ujian. Ujian itu datang dalam berbagai bentuk dan rupa hingga kadangnya memungkinkan kita tewas.Namun sebenarnya agama kita sudah memberikan petunjuk untuk kita menyelesaikan berbagai ujian kehidupan tersebut, diantaranya:

Pertama, kita harus yakin bahwa cubaan itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah subhanahu wa ta’ala memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengarungi kehidupan. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ’anhu, bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka ia diberi-Nya cobaan.” (HR. Bukhari)

Kedua, yakini bahwa makin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita jika kita boleh menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas radhiyallahu ‘anhu berkata: Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Ia mencubanya. Barang siapa yang rela menerimanya, ia mendapat keridhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka ia pun mendapat murka Allah.” (HR. Tirmidzi)

Ketiga, yakinlah bahwa setiap ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Abu Sa’id dan Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Seorang muslim yang tertimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Keempat, kita harus selalu berpikir positif bahwa apapun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan berkata, bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, ia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, ia bersabar, maka itu lebih baik baginya.” (HR. Muslim)

Kelima, kita harus yakin bahwa setelah dalam kesulitan pasti ada kemudahan. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman dalam surat Al Insyirah ayat 5-6: “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” Ingatlah, janji Allah pastilah benar.

Keenam, kita harus selalu optimis bahwa kita bisa menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah subhanahu wa ta’ala tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Sikap optimis melahirkan energi yang tersembunyi dalam diri kita, karena itu optimis berupaya menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (QS. Al-Baqarah: 286)

Ketujuh, kita harus menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerahkan segala ikhtiar untuk menyelesaikan setiap ujian, dan bingkai usaha itu dengan doa. “Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.” (QS. Al Insyirah: 7–8).

“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan doamu.” (QS. Al-Mu’min: 60)

Friday 12 August 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID JAMEK GONG PAK JIN

PAK DIN NASI KERABU DAN ENCIK ZAKARIA


GOLONGAN IBU YANG BERTUNGKUS MENYEDIAKAN HIDANGAN UNTUK BERBUKA PUASA








PENGERUSI MASJID JAMEK GONG PAK JIN (HJ.SHIEKH AHMAD TAJUDDIN BIN SHEIKH YUSOFF)



HJ. SIDEK ( IMAM MASJID JAMEK GONG PAK JIN

YB ADUN TEPOH TURUT HADIR